For a better experience please change your browser to CHROME, FIREFOX, OPERA or Internet Explorer.
Trak Pikap Paling Macho – Mitsubishi Triton Quest Lancar! Harga RM79,890

Trak Pikap Paling Macho – Mitsubishi Triton Quest Lancar! Harga RM79,890

MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) memperkenalkan satu lagi varian trak pikap baharu, Mitsubishi Triton Quest yang dijual pada harga RM79,890.

Triton Quest ialah varian paling asas dalam famili trak pikap Mitsubishi dan juga trak pikap paling mampu milik jenama itu selain didatangkan dengan waranti 5 tahun atau 100,000km (mana satu tiba dulu).

Berbanding Triton sedia ada, model Quest ini direka dengan praktikaliti terbaik yang memudahkan dipunggah naik dan turun kerana jarak tinggi lebih rendah. Trak pikakp ini juga didatangkan dengan kotak simpanan rahsia pada kerusi belakang.

Ruang storan pula, Triton Quest hadir dengan muatan sehingga 970kg, menjadikan ia ruang kargo terbesar dalam kategori pemanduan rendah. Aspek mekanikal diperkasakan enjin diesel 2.5L pengecas turbo berkuasa 108hp dan tork 200Nm, manakala radius belokan 5.7 meter.

Paling menarik, Triton Quest dilengkapi ciri keselamatan terkini seperti:

  • 2 beg udara SRS
  • Teknologi Evolusi Keselamatan Impak Diperkuat (Reinforced Impact Safety Evolution, RISE)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Sistem pemasaan elektronik ETACS
  • Tali keledar dengan pra-tegang
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)

Selain itu, Triton Quest turut menambah ciri paparan multi-info (MID) untuk memaparkan maklumat penting kenderaan seperti jarak perjalanan, peringatan servis dan tahap penggunaan bahan api.

Hanya didatangkan dalam warna putih, Triton Quest versi manual import (CBU) dari Thailand ini sudah pun berada di pengedar sah Mitsubishi. Serius, ini antara trak pikap paling macho di Malaysia setakat ini!

Sumber: https://pandulaju.com.my/trak-pikap-paling-macho-mitsubishi-triton-quest-lancar-harga-rm79890/

leave your comment


Your email address will not be published. Required fields are marked *

×
MrAutoDIY Ads Viewed