For a better experience please change your browser to CHROME, FIREFOX, OPERA or Internet Explorer.
Kereta dicuri depan mata ketika isi minyak, wanita ini hampir diseret ketika cuba kejar pencuri

Kereta dicuri depan mata ketika isi minyak, wanita ini hampir diseret ketika cuba kejar pencuri

enayah curi kenderaan kerap kedengaran di media sosial. Menerusi satu perkongsian page I ♥ PAHANG di Facebook, satu kejadian kecurian kereta difahamkan berlaku di sebuah stesen minyak.

Apa yang mengejutkan, pencuri tersebut berani melakukan jenayah ini di tempat awam yang ramai orang, iaitu ketika pemilik sedang mengisi minyak keretanya.

Semasa kejadian, suspek iaitu seorang lelaki berbaju kelabu berjalan kearah kereta mangsa dan dengan selambanya masuk ke dalam kereta tersebut dan membawanya lari.

Tonton disini : https://web.facebook.com/watch/?ref=external&v=247724543325660

Menyedari kereta ingin dicuri, pemilik sempat berpaut pada pintu hadapan keretanya, namun pegangannya terlepas sebelum kereta tersebut bergerak lebih jauh.

Berdasarkan caption video dari page I ♥ PAHANG, berkemungkinan enjin kereta yang dicuri tersebut tidak dimatikan ketika minyak diisi, namun kami masih belum pasti ianya benar atau sebaliknya.

Kesimpulannya, ketika ingin mengisi minyak pastikan matikan enjin kenderaan anda untuk tujuan keselamatan dan cabut kunci kereta untuk mengelakkan kes seperti ini berlaku.

leave your comment


Your email address will not be published. Required fields are marked *

×
MrAutoDIY Ads Viewed